Thursday, 31 May 2012

Selamat Datang!






Salam sejahtera dan selamat datang ke blog 'Bahasa Melayu Tahun 4'.
Terima kasih kerana sudi bertandang untuk berkongsi ilmu dengan Cikgu Christy.

Semoga segala coretan pengajaran dan pembelajaran dalam blog ini menjadi bekalan untuk menuju ke menara gading. :)



                                  


Tuesday, 29 May 2012

Unit 1: Keluargaku Sayang

Selamat sejahtera adik-adik :)
Cikgu Christy telah memilih tema 'Keluargaku Sayang' sebagai bahan perkongsian ilmu kita di dalam blog ini.








Siapa ada adik kecil yang comel? Kakak atau abang? 
Cikgu Christy pasti adik-adik semua teruja untuk menjawab. Adik-adik semua tahu tidak yang adik kecil, kakak, abang, ibu, ayah dan  juga nenek serta datuk itulah yang dipanggil sebagai keluarga tersayang kita? 




                 



Wah, adik-adik semua memang pintar! Jom belajar lagi bersama cikgu Christy :)




Wednesday, 7 March 2012

KATA KERJA TRANSITIF DAN KATA KERJA TAK TRANSITIF


Kata kerja transitif mesti disertai objek untuk membentuk ayat yang sempurna. Kata kerja ini tidak boleh berdiri sendiri. Contoh:


* Adik membaca buku.                               


* Si Comel mengejar tikus.                         




Kata Kerja tak transitif boleh berdiri sendiri dan tidak memerlukan objek untuk membentuk ayat yang sempurna. Contoh:


* Ayah berkebun.                                           HNT300-RO



* Ibu mengemas.                                          





* Adik menangis.                                                   



































Saturday, 3 March 2012

KATA NAMA AM




Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Semua kata am ditulis dengan huruf kecil. Contoh:

Orang
bayi, bapa, pelayan, ketua, jutawan, guru, bidadari
Binatang
kucing, singa, kancil, arnab, badak, ayam, burung
Tumbuhan
Sayur, rumput, petola, kubis, padi, betik, nanas
Tempat
pasar, pekan, balai raya, kampung, daerah, jajahan, kota
Benda
baju, kuih, kereta, kain, biskut, tali, meja






Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk merujuk kepada nama orang, binatang dan benda secara khusus. Semua kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal kata. Contoh:





Orang
Arifah, Datin Siti, Puan Lisa, Datuk Akmal
Binatang
Comel, Si Belang, Si Tompok
Tumbuhan
Hevea Brasilia (Pokok getah), Vanda Diana (Orkid)
Tempat
Kuala Lumpur, Menara Petronas, Jalan P. Ramlee
Benda
Proton Waja, Kapal Diraja Hang Tuah, Bata, Bonia


Friday, 2 March 2012

KATA GANTI NAMA DIRI DAN KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT



Kata ganti nama diri
 ialah kata yang menjadi pengganti nama seseorang. Kata ganti nama diri ada tiga jenis, iaitu:



Orang
Keterangan
Contoh
Kata ganti nama diri pertama
Untuk menggantikan nama orang yang sedang bercakap
saya, aku, beta
Kata ganti nama diri kedua
Untuk menggantikan nama orang yang  diajak bercakap
awak, kamu, anda
Kata ganti nama diri ketiga
Untuk menggantikan nama orang lain yang dibualkan
beliau, mereka, dia



Kata ganti nama diri singkat merupakan kata yang dipendekkan atau disingkatkan daripada kata asalnya tanpa mengubah makna.


Kata Asal
Kata Singkat
aku
ku
kamu
mu
engkau
kau
dia
nya
ia
nya

Thursday, 1 March 2012

KATA GANTI TUNJUK, KATA GANTI TEMPAT DAN KATA GANTI TAK TENTU



Kata ganti tunjuk 
digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda, orang, haiwan atau tempat. Kata ganti tunjuk ada dua, iaitu itu dan ini.



Ini – digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang hampir atau dekat orang yang
       bercakap.

Itu – digunakan untuk menunjukkan sesuatu keadaan yang jauh dari orang yang
       bercakap.


Kata ganti tempat digunakan bagi menggantikan nama sesuatu tempat. Contoh kata ganti tempat ialah sini, sana dan situ.

Sini – menunjukkan tempat yang dekat dari pandangan orang yang bercakap.
                                                     
Sana – menunjukkan tempat yang jauh dari pandangan orang yang bercakap.

Situ - menunjukkan tempat yang tidak jauh dari 'sana' dari pandangan orang yang bercakap.


Kata ganti tak tentu ialah kata yang merujuk kepada seseorang atau sesuatu secara tidak menentu atau tidak khusus. Kata ganti tak tentu ada empat, iaitu;

Siapa-siapa  – digunakan untuk manusia.

Mana-mana – digunakan untuk tempat/benda

Apa-apa - digunakan untuk benda/hal

Bila-bila - digunakan untuk masa/waktu

Wednesday, 29 February 2012

KATA TANYA



                                                                     

Kata tanya 
digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya bagi menanyakan manusia, benda, tempat dan bilangan. Kata tanya terdiri daripada apa, siapa, bila, mana, berapa, bagaiman dan mengapa.


apa - untuk menanyakan benda atau haiwan                berapa - untuk menyakan bilangan


siapa - untuk menanyakan orang                                 bagaimana - untuk menanyakan keadaan


bila - untuk menanyakan masa                                    mengapa - untuk menanyakan sebab


mana - untuk menanyakan tempat atau benda