Thursday, 1 March 2012

KATA GANTI TUNJUK, KATA GANTI TEMPAT DAN KATA GANTI TAK TENTU



Kata ganti tunjuk 
digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda, orang, haiwan atau tempat. Kata ganti tunjuk ada dua, iaitu itu dan ini.



Ini – digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang hampir atau dekat orang yang
       bercakap.

Itu – digunakan untuk menunjukkan sesuatu keadaan yang jauh dari orang yang
       bercakap.


Kata ganti tempat digunakan bagi menggantikan nama sesuatu tempat. Contoh kata ganti tempat ialah sini, sana dan situ.

Sini – menunjukkan tempat yang dekat dari pandangan orang yang bercakap.
                                                     
Sana – menunjukkan tempat yang jauh dari pandangan orang yang bercakap.

Situ - menunjukkan tempat yang tidak jauh dari 'sana' dari pandangan orang yang bercakap.


Kata ganti tak tentu ialah kata yang merujuk kepada seseorang atau sesuatu secara tidak menentu atau tidak khusus. Kata ganti tak tentu ada empat, iaitu;

Siapa-siapa  – digunakan untuk manusia.

Mana-mana – digunakan untuk tempat/benda

Apa-apa - digunakan untuk benda/hal

Bila-bila - digunakan untuk masa/waktu

No comments:

Post a Comment